🚨 SIRI KES KERACUNAN MBG DI INDONESIA: LEBIH 2,000 PELAJAR & GURU TERJEJAS JAKARTA — Program Makan Bergizi Gratis (MBG) di Indonesia kembali menjadi perhatian selepas beberapa kejadian disyaki keracunan makanan dilaporkan berlaku di sejumlah wilayah pada awal September 2026. Antara kes terbaru,165 pelajar dan guru di Tana Toraja, Sulawesi Selatan dilaporkan mengalami gangguan kesihatan selepas menikmati menu MBG. Mangsa mengalami gejala seperti muntah dan masalah pencernaan sebelum mendapatkan rawatan di beberapa hospital. Di Rembang, Jawa Tengah, sebanyak 777 pelajar dan guru di sebuah sekolah dilaporkan mengalami gejala keracunan selepas menikmati makanan MBG. Sementara itu, di Jombang, Jawa Timur, seramai 256 pelajar dan guru turut dilaporkan mengalami gejala selepas menikmati hidangan MBG. Kes turut dilaporkan di Sidoarjo, Nganjuk dan Agam, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa dalam beberapa kejadian pada minggu tersebut melebihi 2,000 orang menurut laporan media. Pihak berkuasa Indonesia sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, termasuk memeriksa sampel makanan dan keadaan dapur penyedia makanan.
#fypシ゚
#indonesia #malaysia #viraltiktok #tiktokindia