Agent Double Zero Profile Image
Agent Double Zero
2 months ago
0
109
0
5
JUST IN ‼️ . . 🌋 GUNUNG ANAK KRAKATAU MENGGEGAR CARITA — DENTUMAN KUAT DIDENGARI SEPANJANG MALAM CARITA, BANTEN — Bunyi dentuman kuat dan gegaran daripada aktiviti erupsi Gunung Anak Krakatau dilaporkan dirasai dengan ketara oleh penduduk di kawasan pesisir Pantai Carita, khususnya di Desa Sukajadi, Kecamatan Carita, Kabupaten Pandeglang. Penduduk mendakwa bunyi dentuman kedengaran berulang kali sepanjang mala, bermula Jumaat,4 September 2026, sehingga pagi Sabtu,5 September 2026. Kepala Desa Sukajadi,Sandi, berkata keadaan tersebut menyebabkan beliau tidak dapat tidur kerana bunyi dentuman daripada Gunung Anak Krakatau berlaku berterusan. "Semalam tidak boleh tidur kerana mendengar bunyi dentuman keras dari Gunung Anak Krakatau yang mengalami erupsi. Bukan hanya sekali, tetapi berlaku sepanjang malam.” Lebih mengejutkan, bukan sahaja bunyi dentuman yang dirasai. Penduduk turut merasakan gegaran yang kuat, seolah-olah berlaku gempa bumi. Menurut Sandi, setiap kali berlaku erupsi, gegaran terasa pada bumi yang dipijak sehingga pintu dan tingkap dilaporkan boleh terbuka dan tertutup sendiri. “Setiap kali erupsi, bumi bergetar. Bumi yang kita pijak terasa bergetar kuat. Sampai pintu dan jendela buka tutup sendiri, jadi terasa seperti gempa bumi.” Situasi ini pastinya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pesisir. 🌋Gunung Anak Krakatau sememangnya merupakan gunung berapi aktif dan aktiviti erupsi perlu terus dipantau oleh pihak berkuasa. #fypage #fyp #indonesia🇮🇩 #indonesia #fypmalaysiaviral
Download video without watermark
Minimal for news / news suspense(1169746)
•
214s